Tuesday, September 30, 2014

RezekiNya

RezekiNya
Gambar: Pemandangan belatar belakang Port Alicante

Dengan Nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan izin dan ketentuanNya aku tiba juga di bumi Alicante iaitu sebuah daerah di Negeri Valencia, Sepanyol pada tanggal 30Hb Julai 2012. Niat untuk meneruskan pengajian ke peringkat PhD setelah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Bioperubatan di Universiti Putra Malaysia pada Julai 2007 dan Ijazah Sarjana Entomologi (UKM) pada Ogos 2010 tidaklah begitu mudah untukku pada awalnya. Alhamdulillah, setelah menghadapi pelbagai ujian dan cubaan. Akhirnya dapat juga aku meneruskan cita-cita ku yang tertangguh hampir 5 tahun untukku dapat meneruskan pengajian di luar negara dan ketentuaNya aku kini dapat melanjutkan pengajian  di Universiti Alicante, Sepanyol. 






No comments:

Post a Comment